Muhammad Safawi Rasid. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR –  Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang berhijrah ke Portugal kini memegang status pemain paling mahal di Malaysia apabila nilai pasarannya adalah 300,000 pound atau RM1.5 juta.

Tanda harga pemain berusia 23 tahun dikeluarkan oleh www.transfermarkt.com.

Difahamkan, nilai tersebut antara tertinggi pernah diterima pemain tempatan sama ada ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara.

Kebiasaannya pula, pemain tersebut dianggarkan menerima gaji sekitar AS$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000.

Safawi yang merupakan anak kelahiran Dungun, Terengganu kini dipinjamkan ke kelab liga utama Portugal, Portimonense FC daripada kelab Johor Darul Ta’zim selama semusim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast