Safawi Rasid. Foto Ihsan Portimonense SC.

KUALA LUMPUR – Kemunculan pertama bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang turun menjalani latihan kelab ddi Portugal, Portimonense SC telah mencuri perhatian netizen dalam kalangan sukan itu.

Menerusi laman sosial Instagramnya, kelab berpangkalan di Algarve itu berkongsi tujuh keping gambar penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika sedang menjalani sesi latihan bersama pasukan berkenaan.

Namun netizen lebih berminat memberi komen mengenai susuk fizikal pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu yang mana bahagian paha Safawi yang jelas kelihatan berotot dan besar.

Pelbagai komen yang menghiburkan diberikan termasuk fizikal pemain berusia 23 tahun itu turut disamakan dengan beberapa bintang terkemuka dunia yang turut memiliki paha yang berotot seperti Cristiano Ronaldo

Mereka juga membandingkan fizikal Safawi lebih besar daripada pemain lain di Portimonense SC.

Minggu lalu, Safawi diperkenalkan secara rasmi oleh Portimonense SC dan menyarung jersi bernombor 29.

Pemain sayap itu menyertai pasukan itu secara pinjaman namun dengan pilihan untuk membeli pemain itu secara tetap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast