Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk.Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan bahawa beliau telah memperoleh sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Malah beliau turut menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan.

Pada sidang media di hotel Le Meridien selepas sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Anwar berkata, beliau telah menyerahkan dokumen sahih kepada baginda.

Rentetan daripada itu, katanya, Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti politik untuk proses seterusnya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan selepas beliau menghadap baginda pagi tadi.

“Saya telah tunaikan janji saya pada hari ini saya telah persembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan menyakinkan ahli-ahli Parlimen yang menyokong saya.

“Dan sebaga hamba Allah kita insaf dengan ujian dan memanjat kesyukuran ke atas rahmat, kekuatan, kesabaharan dan iltizam teruskan perjuangan membela nasib agama bangsa dan negara tercinta.

“Saya pohon beri ruang kepada Tuanku jalankan tanggungjawan mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara Tuanku menelaah dokumen, dan sehari dua ini memanggil ketua-ketua parti mengesahkan dan mendapatkan input serta pandangan,” katanya.

Dalam sidang media itu Anwar turut mendakwa menerima sokongan lebih 120 ahli Parlimen rata-ratanya Islam dan bumiputera namun beliau berjanji serta memberi jaminan hak rakyat pelbagai kaum tetap terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Suspen betol menunggu YDPA untuk memangil ketua parti masing2 untuk memberi pemandangan?

    Sekali lagi YDPA akan terlibat untuk mengira2 jumlah kepala2 yang terlibat?

  2. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Amat Penyayang. Wahai bangsaku Melayu dengarlah ini nasihat dengarlah baikbaik dan jangan sesekali lupa. Dah ada 3 Serangkai UMNO PAS BERSATU (MN PN) ikatlah simpul mati menjadi kukuh kuat. Parti2 lain ideologinya yang berlainan mesti ditolak kerana bertentangan bercanggah dengan nilainilai Ugama Bangsa Dan Negara kerana ini Negara Malaysia Ketuanan Melayu dan Bumiputera.

Comments are closed.