KUALA LUMPUR- AirAsia Bhd. dilaporkan berjaya memperolehi pinjaman sebanyak RM1 bilion, yang mana 80 peratus daripadanya dijamin oleh Kementerian Kewangan (MoF)
Nikkei Asia yang memetik sumber berkata, pinjaman tersebut akan dikeluarkan bulan depan.
“Pinjaman RM1 bilion itu sangat penting kepada AirAsia untuk digunakan bagi membayar semula hutang-hutang jangka pendek dan membiayai modal kerja,” kata sumber yang rapat dengan Kementerian Kewangan.
Tambah laporan tersebut, pinjaman berkenaan akan dibuat oleh sekumpulan bank di bawah satu skim kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah akibat Covid-19.
Keputusan kerajaan itu pastinya menjadi talian hayat kepada AirAsia ketika industri penerbangan sedang terjejas teruk akibat pandemik. – MalaysiaGazette