Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual semalam dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini.

Ini kerana kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 Shah Alam telah siap lebih awal jam 12.35 tengah malam tadi, kata Pengurusan Air Selangor.

Semalam Air Selangor berkata, enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi sehingga petang ini, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam hari ini.

Kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast