Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR- Apakah benar pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong pagi tadi sekadar untuk memaklumkan beliau adalah Ketua Pembangkang dan bukannya berhubung penubuhan kerajaan baharu.

Gambaran itu diberikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan di Twitternya.

“Ketua Pembangkang baharu yang menghadap YDPA bukan Perdana Menteri baharu,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, masih belum terdapat apa-apa perkhabaran berhubung intipati pertemuan Presiden PKR dengan Yang di-Pertuan Agong.

Malah kem Anwar juga membisu.

Beliau dijangka mengadakan sidang media jam 2 petang ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast