Luqman Hakim.

KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mencipta impak apabila meledak gol kemenangan bagi membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21 semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan itu hadir pada minit ke-83.

Jaringan itu merupakan kemenangan keempat KV Kortrijk selepas mengharungi enam perlawanan.

Kelab itu kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata.

Ogos lalu, Luqman Hakim, 18, berlepas ke Belgium selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast