KUALA LUMPUR – Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini nampaknya memberi kesan kepada golongan penyanyi selepas mula bernafas kembali dengan tawaran persembahan sejak kebelakangan ini.
Antara yang menerima tempias adalah Adibah Noor yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila pendapatannya hilang susulan keputusan kerajaan itu bagi mengekang penularan Covid-19.
Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Adibah memberitahu dia baru sahaja mendapat dua kerja dan sepatutnya ke Johor Bahru atas urusan kerja namun terpaksa dibatalkan kerana PKPB.
Kelmarin, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan pelaksanaan PKPB dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak. – MalaysiaGazette
Job di Johor… kenapa tak fly ke Johor awal sebelum PKPB bermula di lembah Klang…