KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk kerajaan interim.
Sumber daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu Sinchew Daily, keadaan semasa mungkin mendorong kepada gandingan MR iaitu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri interim sementara Tengku Razaleigh menjadi timbalan beliau.
Keadaan interim itu dikatakan boleh berlanjutan sehingga wabak COVID-19 bertambah pulih untuk membolehkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan.
Sumber berkata, gabungan MR tidak mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu skandal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat mengkhianati Dr. Mahathir.
Sumber juga memberitahu bahawa Dr. Mahathir sudah menguasai sejumlah penyokong.
Kata sumber lagi, walaupun negara tidak kekurangan pemimpin Melayu yang muda dan berkaliber, tetapi keadaan politik semasa memerlukan pemipin kanan yang berpengalaman.
“Kami perlu melihat Perlembagaan sama ada terdapat peruntukan mengenai kerajaan interim,” katanya.
Sumber juga berkata, Tengku Razaleigh mempunyai pendirian yang jelas iaitu tidak menyokong Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan yang menyebabkan beliau memilih untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir.
Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan sudah bertemu dengan pemimpin peringkat pertengahan UMNO untuk mendapat sokongan.
Sumber berpendapat peluang pembentukan kerajaan baharu adalah pada kadar 80 peratus pada masa ini.
Katanya, gandingan MR boleh berjaya kerana pengaruh yang dimiliki Tengku Razaleigh dalam UMNO.
“Wakil rakyat yang tidak menyokong Anwar atau Muhyiddin akan menyokong MR,” kata sumber.
Dalam pada itu, menurut satu laman berita, Tengku Razaleigh sedang berusaha mendapat sokongan Warisan, DAP dan Amanah.
The Malaysian Insight melaporkan, Tengku Razaleigh berusaha mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Dr. Mahathir.
Tengku Razaleigh dilaporkan marah dengan Muhyiddin yang membuat banyak keputusan tanpa mengadakan perbincangan dengan UMNO.
Walaupun Tengku Razaleigh merupakan wakil rakyat UMNO, tetapi DAP boleh menerima kepimpinan beliau yang merupakan pemimpin yang dihormati di peringkat akar umbi. – MalaysiaGazette
Semua pakat gila babi habih… Dlm keadaan situasi pandemik covid19 hari ni masing² tk puas hati itu ini. Nk rakyat hormati depa yg tua tu, tapi mcm celaka lagi tingkah laku sekoq² ahli politik tua² ni. Kononnya demi rakyat, tapi tindakan depa la yg dok menjahanamkan rakyat..
Kawan tu kata depa kena buli, kawan ni plak kata depa patut dpt lebih.. Ini semua puak tamak gila babi semua…
Sepatutnya pakat² menyumbang tenaga utk negara kearah yg lebih baik. Barisan kepimpinan negara hari ni pun nampaknya buat kerja lebih baik dari dulu. Kerajaan pun didominasikan oleh org melayu Islam yg menjadi tonggak negara. Tapi ada mahkluk perosak dok cuba merosakkan..
mahadir lagi???? . kenapa tidak tengku razali sahaja jadi pm . kalau mahadir rakyat dah tahu dah . nyanyok. kena gerepak sikit terus letak jawatan . cukup2 lah atok dah tua dah . berapa kali nak jadi pm . nak pecah rekod pun biar lah disukai oleh rakyat.
Cukuplah dm menjadi pm dua Kali, rakyat dah Tak nak dm lagi. Bagi pada org lain.. dah jemu di bawah dm sepanjang hidup kami
Ini ulasan orang terdesak.
Apa perlunya kerajaan interim.
Tun Mahathir saja dah gagal dlm 22 bulan ph memerintah bahkan disbb kan beliau lah ph hilang kuasa.
Jika mahu keadaan politik di Malaysia stabil.
PH kena diberi balik hak kerajaan.
Jika tidak gema khianat & tebuk atap akan terus menjadi ucapan rakyat.
Dan keyakinan bahawa Anwar akan menjadi PM sudah semakin nyata.
Tak payahlah nak susahkan lagi majlis raja2
Jika ini bukan kerja RBA DAN MAHATHIR, amat dikesali Tgk Razali mengambil langkah yg tidak consistan dyn sikapnye sebagai org lame dlm UMNO. Penunuhan smgt46 dlm era YM, Pendirian tegas isu DAP tudak selari dgn tindakannya skg sebagai org veteran dlm UMNO/BN. Penulisan ini perlu dilihat dgn PINCH OF Salt.
Dilihat pendirian Tgku Razali x konsistant dgn ape yg kita tau perjuangannya. Isu semangat 46 era mahathir, pendiriannya isu DAP X melambanglan Tgku rezali.. ambil info ini dgn Pinch of salt mgkin kerja RBA atau Pejuwang yg msh hkairah nak jdi PM
Mahathir lagi? apsal tak Tengku Razaleigh jer jd PM? Medey tak nak ke Ku Li jd PM??? mcm musibat 2 manusia ni
Apakah tidak ada org lain lagi yg boleh diharapkan utk pembentukan kerajaan baharu selain dpd mereka yg pernah mengkucarkacirkan sistem pemerintahan di Malaysia yg dahulunya aman,sejahtera dan berdaya saing?Amat malang sekali sistem politik kita yg tenat.Adakah kita sanggup melihat melihat undang2 kita dipermain dan dipergunakan utk mengenakan org secara terpilih berulang?Tinggalkan sahaja sampah2 yang brselerakan dan bersihkan ia …
Apa aku nak tulis, zakri zd dah tulis. Semua gila babi kejar jawatan, tak pikir psl rakyat ka ekonomi ka.
TERBAIK JIKA TUN M KEMBALI MEMBETULKAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEKARANG YANG TIDAK ADA ARAH TUJUAN . . . ORANG2 YANG ADA OTAK BIAWAK SAHAJA YANG TIDAK MENGHARGAI TUN MAHATHIR.(Biawak hanya makan bangkai buruk)
biawak ialah binatang yang lidahnya bercabang. Mcm Tun M. Dah janji lepastu menipu. Jd siapa yg sebenarnya biawak ni?
Madey kencing kuli..
Kuli hala kencingnya pd orang melayu yg cai2 dan mcm .
VIP politikus kemaruk sokongan undi pendatang diikhtiraf oleh penjajah British sebagai warga tempatan sejak Malayan Union yang padahnya tanah Melayu kini merosot ke 12% ibarat menang bersorak tetapi kampung tergadai.
Seronok juga politik Malaysia ni…..pusing pusing cerita orang sama berebut kuasa berpuluh tahun Mahathir, Tengku Razali , Anwar ! Ye lah mungkin persepsi dah tertanam, orang ni ada “sentuhan ajaib”………boleh selesaikan masalah RAAAYAAT sekelip mata. Takde dah orang lain di Malaysia ni yang layak jadi PM. Kalau mereka ni mati, habislah Malaysia……tapi takpe selagi Guan Eng hidup Malaysia takkan bangkrap.
TR & TM…pernah dulu kala musuh ketat politik dalam Umno…la ni nak berduet pulak…TM pulak bekas PM yg menghancurkan kesepakatan dan perpaduan nasional, menghancurkan ekonomi Melayu berduet dgn DaP masa jadi PM…la ni nak tubuhkan Kerajaan Interim…piiiirah…lagi hancur Malaysia Negaraku…