KUALA LUMPUR – Seramai empat orang pegawai dari Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur telah dihantar ke Hospital Tawau semalam.
Mereka terdiri daripada seorang pakar perubatan forensik, dua orang pegawai perubatan dan seorang orang penolong pegawai perubatan, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, pasukan pakar ini akan menjalankan tugas perubatan forensik dan pengurusan kematian akibat Covid-19 di kawasan Timur Sabah.
Pakar Perubatan Forensik akan bertugas di Tawau selama tiga bulan.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette