Foto media sosial Ramona Zam Zam.

KUALA LUMPUR – Tindakan elakon Ramona Zam Zam memuat naik fotonya sedang menghembuskan asap shisha di tepi pantai ketika bercuti di sebuah pulau di Johor mengundang kecaman netizen yang mendakwa tindakannya itu adalah tidak sopan.

Malah ada yang mengecam serta menuduhnya bangga menayang aksi tersebut.

Enggan berdiam diri, Ramona langsung tidak berasa bangga menghisap shisha sebaliknya ia merupakan sebahagian gaya hidupnya.

“Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami.

“Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar be­kerja,” katanya kepada Kosmo!.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast