Foto Sportingnews

PERANCIS – Pemain divisyen dua Perancis menafikan dia menggigit pipi penjaga gol lawan namun memberitahu dia menerima ejekan perkauman.

Pemain tengah Sochaux dari Senegal, Ousseynou Thioune didakwa penjaga gol Valenciennes, Jerome Prior menggigit pipinya selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri kelmarin.

Bagaimanapun Prior didakwa mengejek warna kulit pemain itu ketika perlawanan.

Thioune berkata, kejadian berlaku ketika mereka berjalan keluar padang selepas perlawanan apa berlaku itupergaduhan.

Dia mendakwa Prior menggunakan bahasa perkauman sambil mengulangi ejekan itu berkali-kali.

“Saya memberitahu semua mari keluar padang dan kita selesaikannya. Memang benar saya menghantuk kepala ke pipi kerana saya memang marah dan mahu menanduknya.

“Namun saya tidak melakukannya dan tidak menggigit,” kata Thioune kepada akhbar L’Est Republicain.

Presiden Valenciennes, Eddy Zdziech memberitahu AFP dia tidak meragui bahawa Thioune menggigit pemainnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast