Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang dijadualkan diadakan hari ini dibatalkan.

Menurut Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, mesyuarat itu dibatalkan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tiada (mesyuarat MN) malam ini.

“Ada (pemimpin) yang hadir tapi (mesyuarat) dibatalkan atas nasihat MKN,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sebelum ini, Annuar berkata, mesyuarat MN malam ini akan membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan itu secara rasmi.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkara, itu boleh dibincangkan kerana ia pernah diminitkan dalam mesyuarat sebelum ini.

Perbincangan ke arah penyertaan Bersatu sebelum ini telah dimaklumkan secara hitam putih dan presiden-presiden bersetuju untuk menyertai MN.

Annuar tidak menolak perbincangan kemasukan Bersatu turut memerlukan draf memorandum persefahaman (MOU), piagam yang baharu dan ia tidak boleh menggunakan kaedah sepertimana UMNO dan Pas sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast