Terlalu Berpolitik Jangan Sampai Rakyat Benci | EDISI MG 2 ptg – 20 Oktober 2020

Itu nasihat Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada ahli politik yang berebut untuk memegang jawatan dan tidak mengendahkan suara rakyat yang kini terhimpit dengan kesan penularan pandemik ini (COVID-19).

Tambah Datuk Dr Asri, keadaan kini telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti politik atau pemimpin sahaja.

Selain itu, asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan permasaalahan yang dihadapi rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19 daripada pelbagai sudut dalam kehidupan seharian.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast