KUALA LUMPUR – Parti Cinta Malaysia (PCM) mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek dari DAP mempersoalkan sistem Raja-Raja Melayu negara ini dengan sistem beraja di negara Thailand.
Presidennya, Huan Cheng Guan berkata, apa motif dan mesej yang hendak disampaikan kepada umum oleh pemimpin DAP itu dengan mempersoalkan institusi diraja dari dua negara berkenaan.
“Apa mesej yang anda cuba hantarkan, Ronnie Liu?
“Yang di-Pertuan Agong kami menjaga rakyat dan kasihnya kepada rakyat tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung hantaran Facebook Ronnie Liu yang membuat posting, “Sekarang di Bangkok. Mereka (rakyat Thailand) mengatakan tidak kepada raja”, dengan memaparkan tiga keping gambar demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat negara itu.
Bagaimanapun, Ronnie memadamkan status berkenaan, tetapi sempat ditangkap layer oleh netizen dan memviralkan posting berkenaan di media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
Menurut Cheng Guan, Yang di-Pertuan Agong banyak menghabiskan masa dalam menitikberatkan masalah negara dan rakyat, bukan seperti pemimpin DAP apabila berada di luar negara, terus mengkritik kerajaan sendiri.
Sementara itu, sebuah NGO, Armada Malaiyu Malaysia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, semalam minta pihak berkuasa menyiasat pemimpin DAP itu yang dianggap biadab apabila menghina institusi diraja ketika berada di luar negara.
Setiausaha Agungnya, Nazri Che Arr meminta polis mengekstradisi ADUN Sungai Pelek itu yang dipercayai masih berada di Thailand selepas mengeluarkan kenyataan menghina Raja-Raja Melayu. – MalaysiaGazette
Betulkah ada rasis dari negara ini yang telah pergi ke Thailand untuk bersama2 kaum mereka disana, bersatupadu bersama2 berdemontrasi menghasut rakyat asli Thai supaya membenci raja mereka?
Bayangkan dengan hanya berjumlah 15% sahaja chauvisits ini berjaya menghasut rakyat asli Thai untuk membenci raja mereka. Bukan itu sahaja mereka juga telah sekian lama menguasai politik dan ekonomi rakyat Thailand?
Tuan tanya apa motif…????? Motifnya Roni mahu buang Raja Melayu sebab dia mahu JADI RAJA….!