KUALA LUMPUR – UMNO secara tidak langsung mengakui memang ada rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional apabila mengumumkan gencatan politik.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, cuma sekarang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka berdamai sementara.
Katanya, gencatan politik merujuk kepada pendamaian sementara dua pihak yang bertentangan dalam politik khususnya di antara pihak dalam kerajaan dengan pihak yang berada dalam pembangkang.
Dalam konteks politik Malaysia, garis tersebut amat jelas sekali di Dewan Rakyat dengan 113 Ahli Parlimen yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (termasuk 39 Ahli Parlimen UMNO) manakala 109 Ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang yang menentang Perikatan Nasional.
”Yang peliknya, Presiden UMNO yang partinya berada dalam kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan “gencatan politik”,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.
Tambah Loke, tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang pernah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu.
Sebaliknya, jelas beliau, pendirian DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat adalah satu pendirian yang konsisten dan selari dengan kerangka perjanjian yang dicapai dalam Pakatan Harapan selama ini.
”Jangan lupa bahawa perjanjian ini telah pun dimeterai oleh semua parti dalam Pakatan Harapan termasuk PPBM sebelum Pilihanraya Umum ke-14.
”Sebenarnya saya telah pun mengemukakan pandangan berkenaan “gencatan politik” seawal bulan Ogos yang lalu, sebelum pun Pilihanraya Negeri Sabah diadakan.
”Saya berpandangan semua parti perlu berlapang dada dan bersedia untuk duduk di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut politik ketika ini.
”Pemimpin politik mesti bersedia untuk “provide leadership”. Mesej yang jelas mesti disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu tidak ada pilihan raya umum sehingga tempoh Parlimen ke-14 berakhir, fokus seluruh tenaga untuk memerangi wabak Covid-19 dan merancakkan semula ekonomi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Apa nilai leadership yang kamu ada? Tak usahlah nak menyibuk berkenaan hal ehwal dalaman PN.
Dulu telah diberi peluang tapi tak deliver apa2 pun!
cermin diri sendiri dulu loke
hang pun memerintah 22bulan apa pun rakyat tak dapat..
lagi huru hara
so haruslah akui yang ph memang teruk