Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui enam lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, kenam-enam kluster itu iaitu Kluster Mesra, Kluster Megah, Kluster Kaya, Kluster Bah Bayu, Klusuter Baki dan Kluster Kempas.

Menguls lanjut, Noor Hisham berkata, Kluster Mesra yang merupakan kluster baharu melibatkan daerah Sandakan di Sabah dikenalpasti menerusi kes ke 13,755 yang bergejala pada 7 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 21 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga tengahari hari ini sejumlah 116 individu telah disaring di mana 22 kes dikesan positif yang merupakan tujuh kes baharu, dua negatif manakala, 92 lagi masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Megah pula, ia juga melibatkan daerah Sandakan dengan indeks bagi kes itu yang ke 13706 dan dikenal pasti positif pada 5 Oktober.

“Dia juga dimasukkan kes Hospital Duchess of Kent dan saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif Covid-19,” katanya pada sidang media  hari ini.

Untuk Kluster Kaya pula, ia melibatkan daerah Seremban dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, katanya.

Kes-kes bagi kluster itu, katanya, dikenal pasti hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Jaafar.

Bagi Kluster Bah Kayu, ia melibatkan negeri Selangor dan daerah
Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster itu iaitu kes ke 17,371 yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga 12 tengahari hari ini di mana sejumlah 628 individu telah disaring.

“Sebanyak 17 kes dikesan positif Covid-19 dengan 1 kes baharu dan 591 kes dilaporkan negatif manakala, 20 individu masih menunggu keputusan,” ujarnya.

Sementara, bagi Kluster Baki pula, ia ditemui di daerah Kuching, Sarawak di mana ia dikenalpasti hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat lagi kes positif Covid-19, katanya.

Dalam pada itu, Kluster Kempas yang ditemui melibatkan daerah Johor Bahru dan kulai di Johor.

“Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-24,447 yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Jelasnya, saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif wabak itu dengan sejumlah 206 individu telah disaring setakat 12 tengahari hari ini. – MalaysiaGazette