Datuk Seri Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti popular,  Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kerinduannya mahu bercuti ke luar negara memandangkan penularan pandemik Covid-19.

Aliff sebelum ini gemar melancong ke luar negara bersama-sama ahli keluarga.

Malah dia juga sering berkongsi gambar-gambar percutiannya di laman Instagram miliknya yang sering mendapat perhatian.

“Saya sedih… hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara… biasanya hujung tahun tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk shopping.

“Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik tak tahu berapa lama covit ni?? Dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan,” luahnya.

Menurutnya, keadaan yang berlaku ini bukan sahaja membuatkan ekonomi teruk, tetapi emosi dan mental turut terjejas.

Sementara itu, kebanyakan netizen memberi komen bahawa semua orang terjejas dalam keadaan sekarang ini terutama golongan yang kurang bernasib baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast