Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini bermesyuarat di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai situasi politik semasa negara.

Sejak pukul 7.45 malam, ahli-ahli MT bertali arus muncul di lobi menara berkenaan dan ada dalam kalangan mereka yang berstatus menteri dilihat tidak sempat menukar pakaian yang dipakai sejak siang tadi.

Antara mereka yang berada di PWTC ialah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang hadir dengan berpakaian suit hitam sama seperti pakaian yang dipakai ketika hadir mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi dan ketika perjumpaan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di sini, petang tadi.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Rauf Yusoh, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Seri Shahidan Kassim, Khaled Nordin dan ramai lagi.

Difahamkan, mesyuarat yang berlangsung malam ini akan membincangkan perkara-perkara berbangkit terutama kerjasaman UMNO dan sokongan parti itu dalam Perikatan Nasional.

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen BN yang terdiri dalam kalangan MT UMNO mengadakan pertemuan khas bagi mendengar pandangan masing-masing berhubung jalinan kerjasama gabungan parti itu dalam BN.

Bagaimanapun, selepas pertemuan selama tiga jam itu, mereka mengunci mulut dan hanya memberitahu, sebarang perkara mengenai parti akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat yang diadakan malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masih belum darurat walaupun tanah Melayu kini merosot ke 12% selagi VIP politikus kemaruk sokongan undi pendatang ibarat Pak Pandir menang bersorak tetapi kampungnya tergadai rela berputih mata tebal muka di mata dunia setiap hari melihat Penang dan Singapore dibiarkan dijajahi kuasa politik majority undi pendatang. Tengok Azeris rela berputih tulang menuntut Nagorno Karabakh hak milik asalnya.

Comments are closed.