KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan untuk kekal dengan keputusan menolak kerjasama PKR dan DAP.
Dalam satu kenyataan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ahli-ahli Parlimen UMNO akan tetap terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.
“Memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, MKT UMNO menjunjung kasih di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat.
Katanya, bagi UMNO keputusan yang dibincangkan dengan Majlis raja-Raja amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.
Tambah beliau, UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.
Malah, UMNO menyarankan agar Inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.
Tambah Zahid lagi, UMNO mencadangkan supaya kerajan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatof ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah.
Terdahulu, MKT UMNO yang bermesyuarat sejak pukul 8.30 malam ini berakhir kira-kira pukul 12.15 malam.
Kesemua ahli MKT UMNO yang ditemui hanya mengunci mulut tanpa memberikan sebarang respon apabila ditanyakan oleh wartawan mengenai keputusan mesyuarat.
Bagaimanapun salah seorang Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hanya memberikan respon ringkas dengan berkata, tolak DAP, tolak Anwar. – MalaysiaGazette
tolak TonyPuaka Rabit Dapigs n geng
Batalkan warganegara tempatan untuk pendatang dibawa masuk penjajah British demi menjamin hak keistimewaaan Melayu. Insaflah bahawa tanah Melayu kini merosot ke 12%. Pendatang patut dikenakan cukai lebih tinggi berbanding pribumi. Dominican Republic baru buat begitu demi menjamin hak keistimewaan mereka seperti juga negaa-negara kecil Qatar, UAE, dan Kuwait.
Negara2 seperti Qatar, UAE, Kuwait dan Arab Saudi sendiri tidak pernah memberi kerakyataan kepada pendatang2 dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Rohigya atau mana2 negara Islam lain dunia walaupun mereka telah tinggal puluhan tahun disana. Segala perbelanjaan persekolahan anak, kesihatan ditanggung sendiri! Hanya segelintir kecil sahaja yang diterima!
Kita telah ditipu oleh British! Ia sepatutnya menjadi pedoman!