Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihati berhati-hati dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo palsu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Mereka dikatakan memperdaya dan mengaut keuntungan dari mangsa yang berurusan dengan agensi kerajaan itu.

Bahagian Komunikasi Korporat agensi berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, modus operandi terbaharu sindiket penipuan itu menggunakan logo palsu LHDN dengan menghubungi dan memaklumkan mangsa kononnya mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo menyerupai LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan yang lain.

Sehubungan itu, LHDN menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan setiap panggilan yang diterima, selain e-mel mahupun surat yang meragukan.

“Andai kata menerima surat atau emel serta panggilan agak meragukan, segera melakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan berkaitan terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan atau perbualan dengan komunikasi yang berisiko seperti itu.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai perkara berkenaan boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran HASiL Live Chat;borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my dan media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook dan Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast