KUALA LUMPUR – Datuk Zahidi Zainul Abidin terus mendapat kritikan berikutan kenyataannya apabila menyalahkan rakyat membuat silap ketika mengundi sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Mulitimedia itu disaran agar cermin diri sendiri dengan melihat sama ada beliau sudah memperbetulkan keadaan dengan pelbagai peristiwa acuh tidak acuh melibatkan dirinya sebelum ini, kata Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.
“Saya yakin rakyat tidak lupa gelagat Datuk Zahidi dalam berhadapan dengan isu terkait Veveonah Mosibin. Saya juga yakin yang rakyat tidak lupa kenyataan beliau untuk mengusahakan internet percuma di IPT sedangkan kebanyakan IPT sudah mewujudkan kemudahan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Syed Ibrahim yang juga Jurucakap Teknologi Digital, Telekomunikasi dan Pengangkutan Keadilan berkata, rakyat kini semakin cakna dengan kelemahan kerajaan dalam menguruskan isu capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar yang membawa kepada banyak isu lain.
Tidak kurang juga isu berita-berita palsu yang tersebar, fenomena penipuan atas talian yang semakin membimbangkan, katanya.
“Adakah beliau mahu meletakkan punca masalah-masalah ini pada rakyat? Cukuplah menyalahkan rakyat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat melaksanakan amanah membuang undi untuk mengangkat demokrasi adalah tidak salah.
“Kerajaan yang hanya bermain politik, tidak serius mengambil berat isu terkait rakyat dan meletakkan kesalahan pada pihak lain inilah yang bersalah dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Semalam, Zahidi ketika ditemui media berkata, masalah kemelut politik yang berlaku kini adalah kerana kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu PRU-14 lalu.
Katanya, jika kemelut politik ini tidak diselesaikan, ia bakal memburukkan lagi keadaan ekonomi negara. – MalaysiaGazette
menteri bangang. pengampu kerosakan. rakyat telah membuat pilihan yang betul dah. dia yang merosakan mandat rakyat. rakyat pula dipersalahkan. otak dia ni memang dah tersilap timing dah ni .
Rakyat yg pilih PH dulu, mmg bangan , bodoh tak blh di trima olh akal..dok sokong ph yahudi di dlm nya dap kafir lahnatullah..sbb tu lh runtuh n hncur bkecai sbb ph ada dap, ada dap, mana2 krjaan tak akn kekal, dap hanat nk mmpus, komunis kafir harbi.
Sape laaa yg undi AP Ledang dan PKR ni…yg undi mrk ni mmg bangang