Banyak pihak meminta sekatan pergerakan diperketatkan susulan lonjakan kes Covid-19.

KUALA LUMPUR- Seramai 549 individu telah ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 547 telah dikompaun manakala dua lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka, (188), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin telah ditahan dalam Operasi Benteng.

Turut dirampas adalah sebuah bot dan enam kenderaan darat.

-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast