Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hadir untuk  mesyuarat khas parti itu.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8 malam ini antara lain akan membincangkan mengenai calon Timbalan Perdana Menteri.

Mesyuarat khas itu juga dipercayai akan membincangkan berkaitan sesi Dewan Rakyat dan Belanjawan  2021 yang akan dibentangkan 6 November ini.

Antara ahli MKT yang dilihat tiba adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Datuk Razali Ibrahim.

Mesyuarat malam ini susulan daripada pertemuan MKT pada Isnin yang memutuskan untuk terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu juga menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jawatan itu, sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbal balas terhadap perjanjian keyakinan untuk meluluskan Bajet 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast