Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP hari ini menyenaraikan tiga syor kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Belanjawan 2021 yang boleh dilaksanakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam rakaman video yang disiapkan di laman Facebooknya berkata, belanjawan kali ini sepatutnya boleh menyatupadukan rakyat bagi menyelamatkan perniagaan dan pekerjaan.

“Naikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang memerlukannya daripada RM200 kepada RM300 sebulan sekarang kepada RM1,000 sebulan.

“Lanjutkan moratorium pinjaman bank untuk 6 bulan lagi (30 September – 31 Mac 2021),” katanya.

Guan Eng berkata, perkara ini pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun ia tidak dilaksanakan.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, lanjutan itu mampu membantu lapan juta rakyat dan syarikat-syarikat di negara ini untuk terus kekal dalam ekonomi negara.

DAP juga mahu kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dengan memberi insentif gaji sebanyak RM500 kepada setiap pekerja Malaysia.

Malah parti itu juga menuntut agar bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan.

“Ketiga-tiga syor ini boleh membantu rakyat Malaysia dengan peruntukan RM31.4 bilion iaitu 10 peratus daripada keseluruhan Program Kita Prihatin sebanyak RM305 bilion,” katanya.

Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini di Dewan Rakyat ketika negara berdepan gelombang ketiga penularan pandemik Covid-19.

Ia akan dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Belanjawan 2021 dijangka lebih menjurus kepada pelan pemulihan ekonomi secara keseluruhan selepas menerima kesan negatif daripada pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. sobrimi1966 – kemungkinan besar ko ni cyber trooper umno atau memang kurang cerdik, RM30 one off tu untuk mengalak kan orang guna e-wallet la, bukan subsidi. PH memang prihatin, rakyat didahulukan, politik dan jawatan diketepikan.

  2. PH prihatin politik jawatan diketepikan ya HISYAM??? .BUKANKAH PH bersifat MUNAFIKUNN selama dan selepas dapat MANDAT RAKYAT PRU 14 tu.PH menipu mengencing serta KHIANATI MANDAT RAKYAT…berputih MATA dengan pelbagai IANJI PALSU DAN MERATIB ANWAR PELIWAT untuk bila nak jadi PM…selepas P unah H arapan P akatan H ANCING BERKUBURR TERUS GILA KUASA dengan pelbagai NOMBOR EKOR KEPALA…SI HUSAM pun mengatakan tun m memang nak musnahkan P AKATAN H ancing ini sejak hari pertama jadi PM kali kedua…sila rujuk HusaM kalau ini FITNAHH….BELUM SENTUH hal yang menghina ISLAM NABI….YDPA/LGBT/ICERD /JATA NEGARA /BENDERA DI UBAH dn sebgainya…oops tun berkata manifesto kitab suci

Comments are closed.