Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Duti eksais akan dikenakan pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per milimeter.

“Selain itu kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik ke atas semua rokok import bagi tujuan penghantaran dan eksport semula, tidak membenarkan aktiviti penghantaran dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit dan mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast