Home Foto Pilihan Lensa MG | Belanjawan Rakyat #Belanjawan2021 Foto Pilihan Lensa MG | Belanjawan Rakyat #Belanjawan2021 Oleh Lensa MalaysiaGazette - 6 November 2020 Suasana dan gelagat nelayan dan penduduk ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 NOVEMBER 2020 Mohd Shairin Saimin semasa melakukan operasi menggunting rambut salah seorang penduduk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2020 Pelanggan beratur menunggu sebelum menggunting rambut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020 Suasana dan gelagat nelayan dan penduduk di Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 NOVEMBER 2020 Premis kedai menjual persiapan perayaan Deepavali lengang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Little India, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2020. Sebahagian daripada aktiviti perniagaan di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Kelihatan penjaja kecil menjalankan aktiviti perniagaannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2020 Pengusaha, Zainon Masnon, 47, menyiapkan kuih raya yang ditempah oleh pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2020. Pekerja MARDI, Umar Rudin memberi makanan kepada ayam peliharaannya di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Petugas MARDI, Rosli Awang memberi makanan kepada kambing peliharaannya di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Pekerja MARDI, Kairul Abidin Che Mat melakukan kerja-kerja di tapak semaian tanaman cili besar di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Iklan kain rentang kedai untuk disewa dan dijual diletakkan pada bangunan ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di sekitar Seri Petaling, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Keadaan suasana lengang di dalam pusat membeli belah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ikea, Damansara. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Penolong Pegawai Perubatan, Nurul Nadia Arjuna, 27, sedang menyusun ubat-ubatan yang ada di klinik sambil memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Selcare, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Pekerja farmasi menyusun sebahagian daripada ubat-ubatan yang dijual ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di sekitar Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 6 NOVEMBER 2020 Petugas Kementerian Kesihatan melakukan persiapan dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebelum menjalankan tugas pemeriksaan saringan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah Flat Pelangi, Damansara. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Petugas Kementerian Kesihatan membuat pengumuman selepas tamat sesi pagi untuk pemeriksaan saringan kepada penduduk setempat bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah Flat Pelangi, Damansara. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Gelagat pemandu teksi yang menunggu penumpang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 ketika di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Gelagat pemandu teksi ketika menunggu penumpang yang semakin berkurangan semenjak perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka semasa tinjuan lensa Malaysia Gazette di Kompleks PKNS, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Penghantar makanan memasukkan makanan sebelum dihantar ke pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan perkhidmatan e-hailing (Food Delivery) sempena Belanjawan 2021 di Sunway Putra, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2020 Pramugari Malindo Air tiba bagi melakukan kerja harian mereka di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Ruang udara kawasan Kampung Nelayan Air Masin Kukup sebuah perkampungan nelayan yang bersebelahan dengan Kampung Kukup Laut dan terletak di Pontian Selatan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Pemandu Bas Persiaran, Mohd Fadhil Mohamed Zain kelihatan meluangkan masa dengan melakukan kerja – kerja pembersihan ruang dalam bas semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor pegangkutan sempena Belanjawan 2021 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2020 Beberapa penduduk menggunakan bot ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeti Serusup, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Sebahagian pekerja menaiki bas selepas tamat waktu bekerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020. Penjawat awam membuat kerja harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor kerajaan sempena Belanjawan 2021 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020. Anggota Polis yang sedang menjalankan tugas di sekatan jalan raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Plaza Tol Setia Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Seorang pekerja membuat kerja pembersihan dalaman bas KL Hop-On Hop-Off ketika tinjauan lensa Malaysia berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020. Seorang pekerja membuat kerja pembersihan pada Observation Deck ketika tinjauan lensa Malaysia berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di Menara Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020. Seorang pekerja membuat kerja pembersihan dalaman bas KL Hop-On Hop-Off ketika tinjauan lensa Malaysia berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 NOVEMBER 2020. Seorang pekerja hotel membuat kerja harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di The Everly Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2020. Seorang pekerja hotel melakukan kerja harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di The Everly Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2020. Petugas HKL melakukan kerja-kerja pembersihan dalam ruangan wad yang sebelum ini menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau melakukan aktiviti harian ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Seorang penduduk membawa bekalan makanan menuju ke rumahnya berikutan banjir kilat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2020. Paparan skrin yang memaparkan kadar matawang negara dan luar negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan sektor kewangan sempena Belanjawan 2021 di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2020 Pegawai Pemasaran Digital, Nadia Ismail bekerja dari rumah sambil menjaga anaknya, Mohd Aidan Soliano Dinie Soliano berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Penaung Actualised Ideas Sdn Bhd, Amir Chua Yu Jeen, 42, sedang tekun melakukan kerja dari rumah sambil ditemani isterinya Dr Nasrin Rabiei, 37, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan pekerja sektor awam dan swasta tidak perlu ke pejabat sebaliknya hanya bekerja dari rumah mulai 22 Oktober ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Plaza Damas, Mont Kiara, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2020. Pelajar, Nur Aleeya Safiyya Shahrul Mizan,15 dan adiknya, Nur Ameena Husna Shahrul Mizan,9 semasa mengikuti sesi pembelajaran atas talian di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Telefon pintar menjadi medium yang digunakan oleh adik, Nur Ameena Husna Shahrul Mizan,9 semasa mengikuti sesi pembelajaran atas talian di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 06 NOVEMBER 2020 Kongsi:Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on Telegram (Opens in new window)Click to share on WhatsApp (Opens in new window)Click to share on LinkedIn (Opens in new window)Click to share on Threads (Opens in new window) Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis Foto Pilihan Aksi Hari Kedua MotoGP Sepang 2024 Foto Pilihan Aksi Hari Pertama Sesi Latihan Bebas MotoGP Foto Pilihan Sesi Temu Anwar Bersama Warga UPNM Foto Pilihan Banjir Buruk Valencia Foto Pilihan Anwar Hadir Rumah Terbuka Deepavali Madani