Wednesday, April 24, 2024
Home Tag Peniaga Kecil dan Sederhana

Tag: Peniaga Kecil dan Sederhana

Anwar Lancar Program Memperkasakan PKS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama kakitangan Maybank ketika hadir ke Pelancaran Program Memperkasakan PKS, myimpact SME Hub dan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2024.

Nga Kor Ming Lancar MyKiosk #KPKT

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tengah) mengambil sendiri lauk pauk nasi kerabu ketika beramah mesra dengan peniaga selepas Majlis Pelancaran MyKiosk di Taman Putra Perdana, Puchong. Foto FAREEZ FADZIL, 28 JULAI 2023.

Suasana Hari Terakhir Minggu Usahawan Negara dan PKMS 2023

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat tapak pameran ketika hadir ke Minggu Usahawan Negara 2023 dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN 09 JULAI 2023.

Salahuddin Ayub Rasmi Bazar Ramadan Rahmah di Putrajaya

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melihat antara menu rahmah yang disediakan para peniaga ketika melakukan walkabout pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2023.

Program Jelajah Francais Mikro dan Mampu Milik

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof beramah mesra dengan penerima-penerima Geran Penuh Program F3M kepada wakil francaisor pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Francais Mikro dan Mampu Milik di Marriott Hotel, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 12 OKTOBER 2022.

PM Lancar Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2022.

Noh Omar Hadir Perasmian Penutup Program Pemantapan Penjaja Dan Peniaga Kecil

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat tapak pameran usahawan kecil pada Majlis Perasmian Penutup Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Selangor Tahun 2022 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2022.

Peniaga Resah Bekalan Ayam Terputus

Peniaga, Sofian Mohd Deri menunjukkan ayam jualannya yang berkurangan tidak seperti kebiasaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bekalan ayam yang mencukupi penting untuk peniaga seperti Sofian kerana ayam merupakan juadah utama dalam nasi ayam yang dijualnya. Foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2022.

PM Rasmi Hari Usahawan Negara 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat tapak jualan selepas Majlis Perasmian Hari Usahawan Negara 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2022.

Kafe “Abang Pasta” Tepi Jalan Tarik Perhatian

Peniaga, Alif Amirul Aiman Nordin, 21, mencari kelainan dalam melariskan produk jualannya dengan berdiri di tepi jalan sambil memegang plakad pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 22 JULAI 2021.