Patrice Evra

LONDON – Legenda Manchester United, Patrice Evra mahu keseluruhan lembaga pengarah kelab itu termasuk Ed Woodward dipecat segera dan bukan pengurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer sekali lagi berada di ambang pemecatan selepas dua kekalahan berturut-turut minggu ini.

Khabar angin bertiup kuat apabila kelab itu dikatakan telah menghubungi bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino untuk menggantikan Solskjaer.

Namun rakan sepasukan Solskjaer iaitu Evra percaya terdapat masalah lebih besar di peringkat pengurusan tertinggi lembaga pengarah kelab itu.

Dia mempertikaikan isu mahu memecat pengurus kelab itu sambil mempersoalkan kreadibiliti Woodward dan lembaga pengurusan teratas kelab Old Trafford itu.

Dalam status mesej di Instagram dengan gambar sambil duduk di atas unta Evra menulis:” pengurus baharu? bagaimanapula dengan Lembaga Pengarah baharu (Man United)?”

Semua pihak pengurusan tertinggi dalam kelab khususnya Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu Woodward dan keluarga Glazer selaku pemilik kelab gagal membawa kejayaan kepada kelab sejak Sir Alex Fersugon meninggalkan kelab itu.

Solskjaer pula sebagai mempertahankan dirinya berkata:” kalau saya tak percaya diri sendiri, kualiti kakitangan dan pemain saya, siapa lagi nak percaya mereka?

“Saya tidak membuat keputusan tergesa-gesa berdasarkan dua kekalahan terbaharu,” katanya.-MalaysiaGazette