KUALA LUMPUR – Pasangan pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah, 26 akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok berhubung kes derma awam.
Sebelum ini, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna wang Infaq lebih RM63,000 pada April dan Jun lalu.
Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Tega
Perintah reman ke atas Aisyah Hijanah, Alif Tega kekal
Aisyah Hijanah nafi seleweng dana sumbangan orang ramai
Aisyah sedia beri kerjasama penuh hingga kes selesai
Alif Teega dituduh salah guna wang infaq lebih RM63,000
Alif membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Pada 11 Julai lalu, Alif dan isterinya direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Turut direman adalah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk penahanan mereka. – MalaysiaGazette