KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagaimanapun selain pematuhan SOP, setiap majlis perkahwinan di kawasan kampung atau taman perumahan di kawasan berkenaan perlu di bawah pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) manakala di hotel, di bawah pengawasan pihak pengurusan hotel.