Gambar hiasan.

MEKAH – Hampir dua juta orang mendaftar untuk menunaikan umrah menerusi aplikasi telefon pintar dalam tempoh sebulan, lapor Saudi Press Agency yang memetik perangkaan rasmi.

Pada awal bulan lalu, Arab Saudi melancarkan pelan peyambungan semula ibadah umrah secara berperingkat selepas menggantung pelaksanaannya selama tujuh bulan berikutan penularan wabak Covid-19.

Sejak itu, kira-kira 900,000 umat Islam menggunakan aplikasi tersebut untuk mendaftar bagi membolehkan mereka menunaikan solat di Masjidul Haram, menurut perangkaan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagi pendaftaran mengerjakan umrah dan beribadah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, jemaah boleh melakukannya melalui aplikasi Etamarnah.

Para jemaah perlu memuat turun aplikasi tersebut, memasukkan data peribadi, memilih tarikh untuk menunaikan umrah atau solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mendapatkan permit berkaitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast