THB Bank

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group (RHB) mengesahkan salah seorang pekerjanya dari cawangan RHB Bank di Kajang, Selangor diuji positif Covid-19 pada 6 November dan kini menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan semalam, bank itu berkata, aktiviti pembersihan dan sanitasi dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

“RHB turut membantu pihak berkuasa dalam usaha menjejak kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terlibat juga telah diltetapkan agar kuarantin di rumah.

“Kami mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, pekerja dan masyarakat kami,” demikian menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast