TV3 turut memohon maaf di laman Twitter.

KUALA LUMPUR – Stesen penyiaran TV3 memohon maaf di atas kesilapan menyebut latar belakang Naib Presiden Amerka Syarikat, Kamala Harris sebagai anak perempuan pendatang asing tanpa izin dari India.

“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam (Ahad), kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris.

“Beliau sebenarnya adalah anak imigran pasangan dari Jamaica dan India, dan bukannya seperti yang dilaporkan.

“Kami kesal dengan kekhilafan mengenai latar belakang belakang beliau,” kata TV3 menerusi penyampai beritanya dalam klip video 30 saat hari ini.

Semalam, paparan di media sosial terutamanya laman Twitter dihujani dengan kemarahan pelbagai pihak tentang kesilapan tersebut dan rata-rata mendesak stesen penyiaran itu memohon maaf. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.