KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mewujudkan syarikat Maminco untuk memanipulasi pasaran timah dunia semasa menjadi Perdana Menteri keempat.
Bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak mendakwa, rancangan Mahathir bagaimanapun gagal dan memakan diri sehingga ‘menjahanamkan’ buat selama-lamanya industri timah.
Akibatnya, Najib berkata, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).
“Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco? Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.
“Apa fungsi syarikat Makuwasa? Cuma sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Hasil jualannya pula digunakan untuk bail-out kerugian Maminco.
Jumlah saiz aset KWSP masa itu tak besar. Cuma sekitar RM10 bilion masa itu berbanding RM940 bilion sekarang.
“Tapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.
“Hakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out.
“Cuba tanya dia atau Uncle (Lim) Kit Siang jika ini benar. Ini cabaran terbuka Najib ini,” katanya.
Pada ketika itu juga, menurut Najib, kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP.- MalaysiaGazette
cerita penglipur lara zaman silam dibangkitkan untok diganding dengan 1mdb. kesimpulan nya semua pm buat salah.
Banduan….malas nak layan Banduan sorang ni.,tidak perlu layan penjenayah .