Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berbaur ugutan apabila berkata bayaran gaji dan segala komitmen kepada penjawat awam akan terjejas sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap ia merupakan cara untuk mengenepikan suara Ahli Parlimen.

Sebaliknya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yakin belanjawan yang dibentangkan pada 6 November lalu boleh ditambahbaik berasaskan kepentingan rakyat.

“Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

“Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Justeru beliau menggesa kerajaan untuk meneliti semula Belanjawan 2021.

“Seperti mana yang saya tegaskan tatkala membahaskan belanjawan di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi Covid-19,” katanya.

Terdahulu Tengku Zafrul optimis Belanjawan 2021 akan diluluskan kerana ia dirangka agar dapat menolong rakyat dan negara termasuk petugas barisan hadapan yang memerangi Covid-19. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. P unah H arapan P akatan H ancing juga mengugut rakyat dengan tohmahan kami hanya rm450 juta dan perlu bayar hutang dengan wujudkan tabung ha…pan.Mereka juga menghina penjawat awam mati sandiwara..tidak NAIKKAN GAJI/buang dan kurangkan P A dan ingin menhapuskan PENCEN P A yang termaktub dalam akta….

  2. Lain Yang ‘Sakit’ Lain Pula Yang di ‘Ubatnya’ – Najib Razak.

    Sakit gigi tapi diberi ubat cirit birit? Punah harapan! Disaat2 getir Najib bergitu banyak menyumbang idea2 bernas walaupun sudah tidak lagi menjadi PM! Negara perlukan MP macam ni.

    MP2 lain Pakatan Hancing terutamanya cukup bulan ambil gaji, itu saja?

  3. Jadi pembangkang baru Anwar ni pejuang rakyat…masa 22 bulan jadi kerajaan…hampeh… rm30 pun sudah banyak

Comments are closed.