ISTANBUL – Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton kini menyamai rekod yang dimiliki legenda Formula 1, Michael Schumacher selepas mengesahkan gelaran dunia ketujuh selepas muncul juara Grand Prix (GP) Turki semalam.
Kemenangan itu adalah kejuaraan ke-10 buat Hamilton musim ini.
“Saya tidak mampu berkata ketika ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya terutama kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang saya bersama Mercedes.
“Terima kasih juga kepada keluarga. Ini impian dan apa yang saya impikan sejak kecil dan kini menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika bekerja keras dan paling utama jangan pernah berputus asa,” kata pelumba yang berusia 35 tahun itu.
Enam lagi kejuaraan Hamilton sebelum ini hadir pada 2008, 2014, 2015, 2017 dan 2018, 2019.
Sementara itu, empat kedua milik Sergio Perez yang mewakili pasukan Racing Point BWT Mercedes manakala ketiga diraih pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dalam perlumbaan 58 pusingan. – MalaysiaGazette