Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri pada 26 November ini?

Itu persoalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang jika Belanjawan 2021 ‘dikalahkan’ dalam bacaan kedua di Parlimen kelak.

“Namun, beliau (Muhyiddin) kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini akan diluluskan, walaupun para ahli Parlimen pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan raja-raja Melayu yang menggesa supaya semua rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan untuk memastikan Belanjawan 2021 ini dapat diluluskan dalam semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.

“Adakah Belanjawan 2021 ini boleh diluluskan jika terdapat sebuah referendum kebangsaan terhadapnya?

“Saya berasa ragu-ragu, memandangkan Belanjawan 2021 ini adalah belanjawan yang biasa dalam waktu yang luar biasa, sedangkan ia sepatutnya menjadi sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kit Siang, apa yang lebih teruk, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz didakwanya mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa yang luar biasa dan nasihat daripada Yang di Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk cuba mendapatkan satu cek kosong daripada ahli-ahli Parlimen sedangkan beliau sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mencipta sejarah dengan membentuk sebuah Belanjawan Perpaduan 2021.

“Di sebaliknya, apa yang kita dapat adalah Belanjawan 2021 yang cuba untuk menyeludup sejumlah besar RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),” katanya.

Veteran DAP itu juga tidak fikir yang Tengku Zafrul tahu apa itu JASA dan operasi-operasi rahsianya melainkan terdapatnya arahan khusus daripada Perdana Menteri supaya peruntukan rahsia itu dibuang, tidak akan ada sebarang pindaan terhadap Belanjawan 2021.

“Mungkin Muhyiddin sedang diperas dan dihalang daripada membolehkan beliau untuk menjadikan Belanjawan 2021 ini sebuah belanjawan luar biasa untuk waktu yang luar biasa, dan jika benar, maka tidak ada apa-apa yang bersifat “perpaduan”, “kebangsaan”, ataupun “luar biasa” dengan Belanjawan 2021 ini.

“Perkara ini akan menjadi ujian kritikal terhadap perwatakan Perdana Menteri kelapan Malaysia!” ujar Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ini belanjawan ha apek, jikalau anak apek yg mikin, mesti apek kata bajet paling hebat lohhh. Tp ini bajet bukan anak lu mikin, itu pasat lu kata talak bagus punyerrrr

Comments are closed.