Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini.- FB Info Roadblock JPJ/POLIS.

BANDAR PERMAISURI – Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata insiden pada kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun tersebut terjatuh dari kenderaan dan warisnya mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan terseliuh bahu kiri.

“Kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan membawa jenazah kes mati mengejut.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, hujan lebat serta keadaan jalan yang licin mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tercedera dan jenazah itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast