KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia lima tahun dikhuatiri terjatuh di kawasan longkang dan dihanyutkan air dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, V. Andrew berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.39 petang.

“Laporan awal yang diterima adalah seorang kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan longkang telah jatuh dan hanyut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, setakat 8.40 malam ini, usaha menyelamat sedang dijalankan dan pihaknya masih mencari petunjuk bagi mengesan mangsa. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast