KUALA LUMPUR – Langkah proaktif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan garis panduan baharu penjualan minuman keras harus disambut baik.

Pengumuman penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur sememangnya sesuatu yang dinantikan.

Namun terdapat pemimpin parti politik yang mempersoalkan tentang pengharaman itu, antaranya Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Pengerusi Dewan Perniagaan Minoriti (MBC), Gobi Krishnan berkata beliau, tindakan Kok Wai tidak seiring dengan Ahli Majlis Seberang Perai dari DAP, David Marshel yang berjuang pengharaman itu dilaksanakan

“Kami menyambut baik pengumuman pengharaman penjualan ‘hard liquor’ dan ‘cheap liquor’ yang diumumkan oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini. Ini sememangnya satu berita cukup baik buat kami.

“Umum mengetahui bahawa ramai kaum India terlibat dengan meminum ‘hard and cheap liquor’ ini termasuk samsu. Maka pengharaman ini adalah satu langkah ke hadapan oleh kerajaan dalam mendengar suara hati rakyat.

“Kami amat terkejut Kok Wai dilaporkan menentang pengharaman ini. Apakah beliau tidak peduli akan kaum India yang terlibat meminum ‘hard and cheap liquor’ ini yang memudaratkan kesihatan malahan membawa maut?,” katanya kepada MalaysiaGazeette hari ini.

Menurut Gobi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dikenali Malaysian Anti Cheap Liquor Movement (MACLM) yang diterajui David Marshel lantang mahukan pengharaman itu.

Malah, katanya, MACLM pernah mengugut hendak berhimpun di hadapan Parlimen jika usul mereka tidak ditunaikan.

“Saya juga ingin bertanya apakah pendirian Ahli Parlimen dan ADUN kaum India di dalam DAP samada mereka akan menyokong kaum India dengan turut sama menyokong pengharaman ini?

“Ataupun akan bertindak mengikut telunjuk ‘political master’ kaum Cina mereka di dalam DAP dengan membantah pengharaman ini sama seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi anda sendiri,” katanya sambil menambah David merupakan orang kanan kepada Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bagus Anuar Musa ni, harap negeri2 lain, majlis2 bandaraya, bandaran yang lain diseluruh negara mengikuti langkah yang sama, ianya sebuah perjuangan!

    Lepas ni boleh fokus untuk menutup semua pusat2 pelacuran di seluruh negara pula, kalau masih wujud lorong Hj Taib, Chow Kit, pusat2 pelacuran Bukit Bintang harap dapat ditutup semua pusat2 pelacuran tersebut.

  2. MEREKA Menentang kerana DAP akrab dengan PIG dan PIG dengan DAP…mereka tidak peduli soal kesihatan sosial akhlak kerana ARAK IBU SEGALA MAKSIAT,mereka berbangga kerana ramai yang mati diLANGGAR pemandu ARAK …ada juga meLAYU jadi TALIBARUT yang dicucuk hidung.

Comments are closed.