Bruno Fernandes
LONDON – Pemain tengah, Manchester United Bruno Fernandes mendedahkan dia hampir berhijrah ke Tottenham Hotspur pada musim panas lalu namun perpindahan itu menemui jalan buntu atas sebab-sebab tertentu.
“Ya, berita itu benar,” kata Fernandes kepada UTD Podcast.
Bintang Portugal itu mengakui dia tidak menyesal atas kegagalannya berpindah ke kelab utara London itu kerana dia menganggap ada hikmah yang tersembunyi.
“Saya hampir berpindah ke Tottenham tetapi tawaran mereka tidak cukup baik untuk Sporting. Pada masa itu saya merasa sedih kerana impian saya untuk bermain di Liga Perdana Inggeris tidak tercapai.
“Mungkin pada masa itu saya tidak berpindah ke Tottenham kerana sesuatu yang istimewa akan datang untuk saya.
“Pada masa itu saya meletakkan dua impian saya pada Januari lalu iaitu bermain di Liga Perdana dan bermain dengan pasukan impian saya, iaitu Manchester United.”
“Saya memberitahu ejen saya ‘jangan bercakap dengan saya pada bulan Januari sehingga anda mendapat kontrak untuk saya tandatangani di Manchester United. Akhirnya penantian enam bulan saya terbayar kerana dua impian saya menjadi kenyataan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast