Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika ditemuramah oleh pengamal media selepas selesai menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 23 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bukan sahaja masih relevan bahkan hubungan baik antara parti komponen sejak sekian lama masih lagi wujud dalam hingga kini.

Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keadaan itu dapat dilihat dari segi persefahaman, keikhlasan dan kejujuran sesama parti komponen.

“Ini satu petanda yang baik, kita tahu landskap politik kat luar itu pelbagai kemungkinan, asalkan kita berada dalam satu saf, boleh ada perbezaan pendapat, tetapi akhirnya kita letakkan kepentingan parti.

“Ia mesti bersandarkan kepada apa yang terbaik untuk rakyat, rakyat pun pelbagai kaum dan ini kelebihan yang ada pada BN yang kita tidak tegaskan dan buktikan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn, malam ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri luar berkata, sudah sampai masanya BN menunjukkan kepimpinan bukan saja kepada satu kaum, tapi kepelbagaian itu sebagai satu kekuatan.

“Ia merupakan satu asas penubuhan parti kita oleh pejuang-pejuang sebelum kita.

“Apa yang saya lihat mesyuarat hari ini walaupun kita terpaksa meniti dan menyelami situasi yang penuh dengan ketidaktentuan.

“Asalkan kita berada dalam satu saf dan hala tuju yang sama itu memberi perjalanan yang begitu jelas yang boleh difahami oleh anggota-anggota kita di bawah sana,” katanya.

Menurut Hishammuddin, nasib BN hanya akan ditentukan akar umbi sekiranya aspirasi, harapan dan kehendaki mereka difahami pucuk pimpinan.

“Nasib kita akan ditentukan dalam keadaan kita dapat memahami atau tidak aspirasi dan harapan daripada akar umbi.

“Kalau kita tak memahami apa kehendak mereka, tak lama kita memimpin,” jelasnya.

Ditanya tentang kesediaan BN untuk berdepan dengan pembubaran Parlimen, Hishammuddin bagaimanapun tidak merasakan perkara itu akan berlaku dalam masa terdekat.

“Tapi PN telah buat keputusan, parti telah membuat pendirian kita, saya tak tahu apa akan berlaku hari Khamis ini

“Dari segi perkembangan terkini, saya tengok tak ada perubahan daripada apa pun yang ditegas dan diumumkan oleh parti.

“Kalau berlaku apa-apa, kita akan rentas jambatan bila kita sampai (saat itu),” katanya.

Mengulas soal sokongan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021, Hishammuddin melihat ahli-ahli Parlimen BN kekal dengan pendirian sebelum ini untuk menyokongnya.

“Kalau ada mana-mana pihak rasa tak puas hati, akhirnya mereka kena tengok apa yang parti telah putuskan.

“Itu mudah untuk kita tengok ke hadapan, kalau tidak semua ada pandangan, sentimen dan emosi masing-masing,

“Kalau kita balik kepada apa jadi persetujuan parti, mudah untuk kita lihat ke hadapan termasuk hari Khamis ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. kalau berlaku apa2 kita akan rentas jambatan. APA ITU? . adakah. kalau muhyidin jatuh kita akan sokong anwar pula? . kita rentas jambatan lah pula. janji ada tempat duduk kakakaka

  2. Jika BN ingin berkerja sama dgn anwar atau warisan..kami pengundi dan ahli parti akan mengucapkan slmt tinggal kpd BN…selama ini kita telah menolak PKR dan selepas itu warisan..jadi di mana logiknya utk berkerja sama dgn dua parti ini adakah kerana kepentingan politik peribadi atau kepercayaan rakyat yg lebih utama.

  3. Keh keh keh…cyber trooper PBBM main wayang la…sape yg undi PKR, DAP dan Amanah tempoh hari? Tetiba jadi budak baik lepas kalah Tg Piai…dah nak mampus sebenarnya parti PBBM dlm PH, tu yg lari ke MN…minta nyawa dr BN

Comments are closed.