Sehingga hari ini belum ada vaksin yang disahkan berkesan.

KUALA LUMPUR – Perjanjian pembelian awal vaksin Covid-19 dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer akan terbatal sekiranya  ia tidak didaftarkan dengan Pentadbir Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) atau Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sekiranya perjanjian terbatal pembayaran kepada syarikat tersebut juga akan dikembalikan kepada kerajaan.

“Perjanjian dengan syarikat vaksin Pfizer akan terbatal jika vaksin tersebut gagal didaftarkan dengan pihak FDA atau NPRA. Segala pembayaran akan dikembalikan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter.

Semalam, beliau telah menegaskan Kementerian Kesihatan  (KKM) akan memastikan vaksin Covid-19 yang bakal diterima Malaysia didaftarkan bagi menjamin keselamatan golongan sasaran yang menerimanya.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19.

Jelasnya jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast