Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu Sabah dilanjutkan sehingga 13 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai setelah mengambil kira penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat terbaharu dari KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kg. Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah selama 14 hari lagi bermula 30 November 2020 sehingga 13 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PKPD di kedua-dua kawasan perumahan itu dikuatkuasakan bermula 16 November lalu hingga hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga semalam, KKM mengesahkan terdapat 109 kes aktif di Kampung Numbak dan 136 kes aktif di Penempatan Telipok.

“Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast