Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya Pegawai Telekom Malaysia’ (TM).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa seramai 912 rakyat negara ini terlibat dengan kegiatan Macau Scam.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yassin, kesemua kes itu berlaku di dalam negara melibatkan 993 kes.

“Daripada data statistik tangkapan dan pertuduhan di mahkamah, tahun 2020 daripada 1 Januari sehingga 31 Oktober yang berada di dalam negara adalah melibatkan warga negara seramai 912 orang.

“Warga asing pula yang telah dikenakan tangkapan adalah seramai 81 orang,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Jonathan menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang mahu tahu samada Kementerian Dalam Negeri mahu bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membanteras masalah sindiket ‘Macau Scam’.

Menjawab pertanyaan itu, Jonathan berkata, pihak PDRM setiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, untuk membenteras jenayah penipuan atas talian termasuk Macau Scam.

Selain SKMM, agensi lain yang turut memberikan kerjasama adalah Bank Negara Malaysia, syarikat-syaitkat telekomunikasi dan institusi perbankan.

“Kerjasama ini terjalin sejak 2006 di mana Macau Scam bermula, selain itu pada Mac 2019, sebuah jawatankuasa teknikal jenayah cyber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan bagi membanteres jenayah penipuan ini.

“Di peringkat PDRM, JKJK telah menubuhkan satu pasukan petugas khas membabitkan eleman dalan JSJK bagi mengenalpasti dan memantau trend terkini kes jenayah atas talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang boleh membantu dari segi kepakaran dan teknologi,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Jonathan berkata sejumlah 993 kes tangkapan telah dibuat melibatkan warga negara dan bukan warga.

Daripada jumlah itu, 605 daripadanya telah dibuat pertuduhan di mahkamah.

Bagaimanapun pihak kementerian tidak mempericikan pecahan negara dan umur kesemua yang ditahan. – MalaysiaGazette