Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Pembinaan 20 unit pam air tambahan di Kelantan bernilai RM20 juta dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perolehan peruntukan projek tersebut sudah bermula melibatkan pembinaan tapak pam.

“Sebelum ini Rumah Pam Kemubu mengalami masalah untuk menyedut air apabila paras air rendah akibat berlaku kemarau.

“Kita harap projek ini berjalan dengan lancar mengikut jadual untuk memastikan proses penanaman padi di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu tidak terjejas pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah kepada 48 Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak 2024 di Tok Bali, Kelantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan pembelian 20 unit pam air membabitkan nilai RM20 juta untuk kegunaan di Kelantan disegerakan.

Ini berikutan masalah musim kemarau berpanjangan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast