KUALA LUMPUR – Seorang gadis pelajar kolej tempatan mendakwa menjadi mangsa cabul Syed Amirul yang kini sedang direman bagi membantu siasatan dakwaan rogol pada 27 November lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima aduan mangsa yang berusia 22 tahun, sektar jam 3.51 petang semalam.
“Mangsa yang masih menuntut di kolej tempatan mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 25 tahun ‘public figure'(disyaki pendakwah muda)
“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu (Ahad) sekitar jam 1 pagi semasa dipelawa suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar mangsa ilmu pemasaran perniagaan.
“Semasa berada di rumah suspek, mangsa telah dicabul oleh suspek dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Menurut Nik Ezanee, rentetan kejadian itu mangsa mendakwa telah mengalami trauma kuat dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Syed Amirul direman bantu siasatan dakwaan rogol gadis
Menurut beliau, suspek masih ditahan oleh polis berkenaan satu lagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bersabit laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam sehingga 1 Disember ini.-
Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee pada 27 November lalu. – MalaysiaGazette
Haishhh mcm2 hal lh ko ni… Hrap polis siasat dkwaan
Yang Minah tu BANGANG NAK MAMPOSS pergi rumah JANTAN pukl !:00 pagi apa ke hal???????? mana ada orang buat class ‘Persendirian’ pada time tu, siap buat kat rumah Jantan tu pulakkkkk……gatal ke dan belajar?? tau ke apa makdus ‘khalwat’???? apa hukum ber dua-duan dengan bukan Muhrim dirumah Bukan Muhrim pada jam 1 pagi?????