Mohsen Farikhzadeh

DUBAI  – Media Iran, Press TV melaporkan senjata yang digunakan untuk membunuh seorang saintis ternama negara itu pada minggu lepas adalah buatan Israel.

“Senjata yang ditemui di lokasi kejadian mempunyai logo dan spesifikasi industri ketenteraan Israel,” kata sumber yang enggan dinamakan kepada Press TV.

Minggu lepas Mohsen Fakhrizadeh yang digelar “bapa program nuklear Iran” ditembak di dalam keretanya oleh 12 pembunuh upahan terlatih selepas satu letupan berlaku di bandar Absard, Iran,

Kumpulan pembunuh yang terdiri daripada 62 orang itu turut merangkumi sepasang penembak tepat.

Baki 50 orang lagi bertanggungjawab dalam memberi sokongan logistik. – Agensi