PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 hari ini mengatasi kes sembuh pandemik itu.
Beliau berkata sejumlah 851 kes baharu direkodkan hari ini dengan 249 kes direkodkan di Selangor .
“Terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 847 kes.